CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian pantas disebabkan oleh leveraj.

Lokasi & Bahasa

Taurex Global Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles (SD092)

Emas Susut Selepas Kenaikan Sebelumnya, Pasaran Nilai Semula Sentimen Risiko Global

Analisis oleh:

Perkembangan Makro Global 

Harga emas mencatatkan pergerakan menurun dalam sesi dagangan semalam selepas kenaikan yang ketara sebelum ini, apabila pasaran mula menilai semula tahap risiko global. 

Perubahan sentimen ini berlaku apabila kebimbangan terhadap ketidaktentuan global menunjukkan tanda-tanda reda, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap emas sebagai aset lindung nilai. 

Dalam masa yang sama, pergerakan dolar Amerika Syarikat yang lebih stabil turut memberi tekanan kepada harga emas dalam jangka pendek. 

 

Analisis Pasaran 

Sepanjang sesi dagangan, emas menunjukkan tekanan jualan sederhana dengan penurunan sekitar -1% hingga -1.5%, mencerminkan pelarasan semula selepas kenaikan sebelumnya. 

Harga emas didagangkan dalam lingkungan sekitar USD 4,800 hingga USD 4,700 per ounce, dengan tekanan jualan muncul apabila momentum kenaikan gagal diteruskan. 

Pergerakan ini menunjukkan bahawa sebahagian pelabur mengambil keuntungan (profit-taking), terutamanya selepas kenaikan agresif dalam sesi terdahulu. 

Walaupun berlaku penurunan, harga emas masih kekal pada paras yang relatif tinggi, mencerminkan bahawa minat terhadap aset selamat belum sepenuhnya hilang. 

Analisa Teknikal (RSI & MACD) 

Dari sudut teknikal, indikator RSI menunjukkan bahawa momentum kenaikan sebelum ini mula berkurang, dengan bacaan bergerak turun ke arah zon neutral. 

Ini mencerminkan bahawa tekanan belian semakin perlahan, namun belum menunjukkan isyarat pembalikan yang kuat. 

Indikator MACD pula menunjukkan tanda awal kehilangan momentum bullish, dengan histogram mula mengecil, menandakan bahawa kekuatan trend sebelum ini semakin berkurang. 

 

Reaksi Pasaran 

Dalam reaksi awal, penurunan harga emas dilihat selari dengan peningkatan selera risiko dalam pasaran global. 

Apabila sentimen risiko bertambah baik, permintaan terhadap aset lindung nilai seperti emas cenderung berkurang. 

Namun begitu, pergerakan kekal terkawal, menunjukkan bahawa pasaran masih berhati-hati terhadap perkembangan global yang boleh berubah dengan cepat. 

 

Tumpuan Seterusnya 

Pasaran kini memberi perhatian kepada beberapa faktor utama yang boleh mempengaruhi hala tuju emas: 

  • Pergerakandolar Amerika Syarikat
    • Jangkaan kadar faedah global
    • Perkembangan sentimen risiko global 

Selain itu, sebarang perubahan dalam data ekonomi utama dijangka akan memberi kesan langsung kepada permintaan terhadap emas. 

 

Kesimpulan 

Penurunan harga emas dalam sesi dagangan semalam mencerminkan pelarasan semula sentimen selepas kenaikan sebelumnya. 

Walaupun tekanan jualan muncul dalam jangka pendek, harga emas masih kekal pada paras tinggi, menunjukkan bahawa permintaan terhadap aset lindung nilai masih relevan dalam persekitaran global semasa. 

Dalam keadaan ini, hala tuju emas dijangka kekal bergantung kepada perubahan sentimen risiko serta perkembangan makro global. 

 

Penafian 

Analisis ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua aktiviti perdagangan melibatkan risiko kerugian modal. 

PELABUR SEMAKIN BERHATI-HATI TERHADAP AI WALAUPUN NVIDIA DISOKONG PERJANJIAN AS$45 BILION

SAHAM ASIA TERTEKAN, KEJATUHAN HARGA MINYAK BERI SOKONGAN KEPADA WALL STREET

Wawasan Pasaran: GBP/USD Melantun daripada Paras Terendah 11 Bulan apabila Jangkaan Kenaikan Kadar...

Maklumat Pasaran: Emas Memadamkan Kerugian Susulan Data CPI apabila Hasil Bon Berundur daripada...

Pandangan Pasaran

Oktober 20, 2026

PELABUR SEMAKIN BERHATI-HATI TERHADAP AI WALAUPUN NVIDIA DISOKONG PERJANJIAN AS$45...

20 Oktober 2026 Industri kecerdasan buatan (AI) kembali menjadi perhatian selepas Nscale, sebuah syarikat infrastruktur AI yang disokong Nvidia, dilaporkan sedang berunding dengan Anthropic bagi...

Pandangan Pasaran

Oktober 19, 2026

SAHAM ASIA TERTEKAN, KEJATUHAN HARGA MINYAK BERI SOKONGAN KEPADA WALL...

19 Oktober 2026 Pasaran saham Asia memulakan dagangan minggu ini dalam keadaan lemah apabila kebimbangan terhadap kos pelaburan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meningkat terus...

Pandangan Pasaran

Oktober 16, 2026

Wawasan Pasaran: GBP/USD Melantun daripada Paras Terendah 11 Bulan apabila...

Perkara Utama 1. GBP/USD didagangkan pada paras 1.3311, kira-kira 170 pip di atas paras terendah hari Rabu sekitar 1.3140, dan sedang menguji paras atas julat...

Pandangan Pasaran

Oktober 15, 2026

Maklumat Pasaran: Emas Memadamkan Kerugian Susulan Data CPI apabila Hasil...

Perkara Utama 1. Emas didagangkan pada paras 4,138.75, kembali ke paras sebelum pengumuman CPI selepas jatuh ke paras terendah sekitar 4,073 pada hari Rabu sebelum...

Chat on WhatsApp

Tư vấn Giao dịch trong vòng 1 giờ

1 Hour Trading Consultation

تداول لمدة ساعة استشارية

1小時交易諮詢

ให้คำปรึกษาการซื้อขาย 1 ชั่วโมง

1小时交易咨询