Lokasi & Bahasa

Taurex Global Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles (SD092)

Harga Emas dan Perak Berubah Arah di Tengah Ketidaktentuan Global dan Jangkaan Dasar Monetari

Analisis oleh:

Perkembangan Pasaran Terkini

Pasaran logam berharga menunjukkan pergerakan yang bercampur dalam beberapa sesi dagangan terkini, dengan emas dan perak dipengaruhi oleh gabungan faktor geopolitik, jangkaan kadar faedah serta pergerakan dolar Amerika Syarikat.

Setakat kemas kini terkini, harga emas didagangkan sekitar USD 4,400 – USD 5,000 per ounce, manakala harga perak berada sekitar USD 65 – USD 80 per ounce, bergantung kepada volatiliti intraday dan sentimen pasaran semasa.

Sepanjang minggu ini, emas mencatatkan kenaikan sekitar +2.0% hingga +3.0%, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap aset selamat ketika ketidaktentuan global meningkat.

Analisis Pasaran

Dalam tempoh minggu ini, emas menunjukkan pergerakan yang tidak konsisten. Walaupun terdapat sokongan daripada ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan risiko inflasi akibat kenaikan harga tenaga, momentum kenaikan emas dilihat terhad.

Ini disebabkan oleh perubahan jangkaan terhadap dasar monetari Amerika Syarikat. Pasaran kini semakin menjangkakan bahawa Federal Reserve akan mengekalkan kadar faedah lebih lama sebelum sebarang pemotongan dilakukan.

Kadar faedah yang tinggi biasanya mengurangkan daya tarikan emas kerana logam berharga ini tidak memberikan pulangan faedah. Dalam masa yang sama, pengukuhan dolar AS turut memberi tekanan kepada harga emas dalam jangka pendek.

Perak pula menunjukkan volatiliti yang lebih tinggi berbanding emas. Selain berfungsi sebagai aset lindung nilai, perak juga mempunyai komponen permintaan industri yang kuat. Oleh itu, pergerakannya bukan sahaja bergantung kepada sentimen risiko, tetapi juga kepada prospek pertumbuhan ekonomi global.

Faktor Utama Pergerakan Gold & Silver

Beberapa faktor utama yang sedang mempengaruhi pasaran logam berharga ketika ini termasuk:

  • Ketegangan geopolitik di Timur Tengah
    • Pergerakan harga minyak dan risiko inflasi
    • Jangkaan kadar faedah Federal Reserve
    • Kekuatan US Dollar
    • Permintaan industri global (terutamanya untuk perak)

Gabungan faktor-faktor ini mewujudkan persekitaran pasaran yang tidak menentu, dengan pergerakan harga yang cepat berubah berdasarkan sentimen semasa.

Analisa Jangka Pendek

Dalam jangka pendek, hala tuju emas dijangka kekal bergantung kepada dua faktor utama, iaitu perkembangan inflasi dan dasar monetari Amerika Syarikat.

Sekiranya tekanan inflasi meningkat semula akibat kenaikan harga tenaga atau konflik geopolitik yang berpanjangan, emas berpotensi mendapat sokongan sebagai aset lindung nilai.

Namun begitu, jika kadar faedah kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kenaikan harga emas mungkin terhad dalam jangka pendek.

Bagi perak, pergerakan harga dijangka lebih sensitif kepada perubahan sentimen ekonomi global. Sekiranya pertumbuhan ekonomi menunjukkan tanda kelembapan, permintaan industri boleh terjejas, sekali gus memberi tekanan kepada harga perak.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pasaran emas dan perak kini berada dalam fasa ketidaktentuan, dengan pergerakan harga dipengaruhi oleh konflik geopolitik dan jangkaan dasar monetari.

Kenaikan sekitar 2% hingga 3% sepanjang minggu ini menunjukkan bahawa emas masih mendapat sokongan sebagai aset lindung nilai dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Dalam persekitaran semasa, pelabur dan pedagang perlu memberi perhatian kepada perkembangan inflasi, dasar Federal Reserve serta faktor geopolitik dalam menentukan hala tuju seterusnya bagi logam berharga.

Penafian

Analisis ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua aktiviti perdagangan melibatkan risiko kerugian modal.

Pound Semakin Kukuh Berbanding Euro, Apa Yang Mendorong Pergerakan EURGBP?

Bitcoin Bergerak Berhati-Hati di Tengah Ketidaktentuan Global, Fokus Pada Kawasan Harga Kritikal

Federal Reserve Kekalkan Kadar Faedah, Nada Dasar Kekal Berhati-Hati di Tengah Ketidaktentuan Global

Ketegangan Mereda, Emas Kembali Bernafas Reaksi Pasaran Terhadap Perkembangan Terkini

Pandangan Pasaran

April 14, 2026

Pound Semakin Kukuh Berbanding Euro, Apa Yang Mendorong Pergerakan EURGBP?

Perkembangan Makro Global Pasaran mata wang Eropah menunjukkan pergerakan yang lebih stabil dalam sesi dagangan terkini, dengan pound Britain (GBP) mencatatkan prestasi yang lebih kukuh...

Pandangan Pasaran

April 13, 2026

Bitcoin Bergerak Berhati-Hati di Tengah Ketidaktentuan Global, Fokus Pada Kawasan...

Perkembangan Makro Global Pasaran kripto terus bergerak dalam persekitaran yang berhati-hati, dipengaruhi oleh jangkaan kadar faedah global serta perubahan dalam sentimen risiko. Dalam keadaan ini,...

Pandangan Pasaran

April 9, 2026

Federal Reserve Kekalkan Kadar Faedah, Nada Dasar Kekal Berhati-Hati di...

Perkembangan Makro Global Federal Reserve dalam mesyuarat terkini 9 April 2026 telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras sekitar 3.7%, selaras dengan pendekatan berhati-hati...

Pandangan Pasaran

April 8, 2026

Ketegangan Mereda, Emas Kembali Bernafas Reaksi Pasaran Terhadap Perkembangan Terkini

Perkembangan Makro Global  Pasaran kewangan global menunjukkan perubahan sentimen yang ketara dalam sesi dagangan terkini selepas perkembangan positif dalam rundingan antarabangsa berkaitan bekalan tenaga dan kestabilan global.  Langkah untuk meredakan ketegangan dalam jangka masa pendek telah memberikan kelegaan kepada pasaran, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan serta tekanan inflasi yang sebelum ini meningkat.  Perkembangan ini turut disertai dengan jangkaan bahawa rundingan lanjut akan diteruskan dalam tempoh terdekat, yang berpotensi menyokong kestabilan pasaran sekiranya keadaan terus bertambah baik.    Analisis Pasaran  Dalam reaksi awal pasaran, logam berharga khususnya emas menunjukkan pemulihan yang ketara selepas melalui fasa tekanan sebelum ini.  Harga emas meningkat sekitar 2% hingga 3%, dengan paras dagangan menghampiri USD 4,800 – USD 4,850 per ounce, mencerminkan perubahan sentimen pelabur ke arah yang lebih seimbang.  Pergerakan ini didorong oleh pelarasan semula jangkaan risiko global serta tekanan inflasi jangka pendek yang mula reda. Dalam masa yang sama, kelemahan sederhana dalam dolar Amerika Syarikat turut memberikan sokongan tambahan kepada harga emas.  Perak turut mencatatkan kenaikan yang lebih ketara, mencerminkan sensitiviti yang lebih tinggi terhadap perubahan sentimen pasaran.    Struktur Teknikal & Paras Penting  Dari sudut teknikal, emas kini berada dalam fasa pemulihan selepas tekanan jualan sebelum ini, dengan beberapa kawasan harga utama menjadi tumpuan pasaran.  Paras...

Chat on WhatsApp

Live account Registration

Tư vấn Giao dịch trong vòng 1 giờ

ให้คำปรึกษาการซื้อขาย 1 ชั่วโมง

1小時交易諮詢

1小时交易咨询

تداول لمدة ساعة استشارية

1 Hour Trading Consultation